Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hari ini aku nak kongsi sikit pasal pisang merah dengan pisang biru. Selama ni aku ingat pisang ada 2 kaler je, hijau dengan kuning. Kalau ada merah pon jantung pisang. Hahaha. Rupa-rupanya ada juga pisang warna merah dengan biru.
Kalau dulu zaman budak-budak selalu dok sebut
"pen merah pen biru, you marah I love you".
Sekarang ni dah boleh la ganti pen tu dengan pisang pula:
"pisang merah pisang biru, you marah I kick You".
Hahaha.
Ape-ape pon jom kita tengok dulu macam mana rupa pisang merah dengan pisang biru ni ya.
1) Pisang Merah:

Ha, nila dia pisang merah yang aku cakap tu. Pisang ni kalau kat Australia orang panggil Red Dacca. Pisang ni banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dengan nama Pisang Raja Udang atau Pisang Tembaga.
Apa yang bestnye pisang ni ialah bila makan ada rase raspberries. Fuh, macam best je kan?
Apa yang membuatkan pisang ni unik ialah pisang ni boleh buat orang gembira. Hal ini demikian kerana
Okla sekarang jom kita tengok macam mana rupa pisang biru pulak.
2) Pisang Biru:
Beginilah rupa pisang biru. Pisang ni dikenali dengan nama Blue Java, kalau ditranslatekan kedalam bahasa Melayu, Jawa Biru la kan? Pisang ni memiliki tekstur yang berkrim bila dah ranum. Pisang ni juga dikenali sebagai Pisang Aiskrim. Fuh, rasa macam nak makan aiskrim la pulak. Pisang ini sering dihidangkan bersama pencuci mulut tenusu beku.
Baiklah sampai disini sahaja entri kali ini. Sehingga ketemu lagi di lain entri. Semoga bermanfaat.
Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kelemahan aku sendiri. Wallahua'lam.
Sumber:
http://says.com/my/lifestyle/pisang-warna-merah
http://8infiniteinfantry8.wordpress.com/2013/04/28/red-dacca-bananas-musa-acuminata/
http://webecoist.momtastic.com/2014/01/07/yellow-fever-reliever-7-delicious-blight-resistant-bananas/3/
http://jerry-coleby-williams.net/2013/12/11/in-production-today-16/banana-musa-x-sapientum-java-blue/

No comments:
Post a Comment