Friday, 28 February 2014

Menarik: Tumbuhan Pun Pandai Menari


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

       Hari ini aq nak kongsi sikit pasal satu jenis tumbuhan ni. Fuh, memang style la. siap boleh menari kot. Ingat orang je pandai menari. Sebelum tu kita tengok dulu macam mana rupa dia.

dancing-plant

Ha, tu la dia tumbuhannya. Kalau tengok kat wikipedia, dia translate sebagai rumput menari. Rumput menari ataupun nama saintifiknya, Codariocalyx motorius/Desmodium Gyrans (Berbelit lidah nak sebut) adalah sejenis pokok renek asia.

       Tumbuhan ini juga dikenali sebagai tanaman telegraf atau tanaman semafor kerana gerakan daunnya yang kelihatan seperti menari atau gerakan kod semafor.Tumbuhan ini akan menari-nari bila didedahkan secara direct kepada sinaran matahari, bila berada dalam keadaan kering dan juga pada getaran.

Ha, jom tengok macam mana tumbuhan ni menari:


Ha, amacam. Style x?

Ok la guys, itu je la yang dapat aq kongsikan buat masa ini. Semoga bermanfaat. Wallahua'lam.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rumput_Menari
http://webecoist.momtastic.com/2009/12/21/15-rare-exotic-amazing-plant-species/




No comments:

Post a Comment