Wednesday, 5 March 2014

Pisang Merah Pisang Biru, You Marah...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

     Hari ini aku nak kongsi sikit pasal pisang merah dengan pisang biru. Selama ni aku ingat pisang ada 2 kaler je, hijau dengan kuning. Kalau ada merah pon jantung pisang. Hahaha. Rupa-rupanya ada juga pisang warna merah dengan biru.

Kalau dulu zaman budak-budak selalu dok sebut 

"pen merah pen biru, you marah I love you". 

Sekarang ni dah boleh la ganti pen tu dengan pisang pula:

"pisang merah pisang biru, you marah I kick You". 

Hahaha.

Ape-ape pon jom kita tengok dulu macam mana rupa pisang merah dengan pisang biru ni ya.

1) Pisang Merah:



Ha, nila dia pisang merah yang aku cakap tu. Pisang ni kalau kat Australia orang panggil Red Dacca. Pisang ni banyak terdapat di Sabah dan Sarawak dengan nama Pisang Raja Udang atau Pisang Tembaga.

     Apa yang bestnye pisang ni ialah bila makan ada rase raspberries. Fuh, macam best je kan?

Apa yang membuatkan pisang ni unik ialah pisang ni boleh buat orang gembira. Hal ini demikian kerana (Pergh dah macam tulis karangan la pulak) pisang ni mengandungi tryptophan, iaitu sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. So, pisang ni boleh memperbaiki mood dan mengatasi kemurungan.

Okla sekarang jom kita tengok macam mana rupa pisang biru pulak.

2) Pisang Biru:

Banana, Musa x sapientum 'Java Blue'

Beginilah rupa pisang biru. Pisang ni dikenali dengan nama Blue Java, kalau ditranslatekan kedalam bahasa Melayu, Jawa Biru la kan? Pisang ni memiliki tekstur yang berkrim bila dah ranum. Pisang ni juga dikenali sebagai Pisang Aiskrim. Fuh, rasa macam nak makan aiskrim la pulak. Pisang ini sering dihidangkan bersama pencuci mulut tenusu beku.

     Baiklah sampai disini sahaja entri kali ini. Sehingga ketemu lagi di lain entri. Semoga bermanfaat.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kelemahan aku sendiri. Wallahua'lam.

Sumber:
http://says.com/my/lifestyle/pisang-warna-merah
http://8infiniteinfantry8.wordpress.com/2013/04/28/red-dacca-bananas-musa-acuminata/
http://webecoist.momtastic.com/2014/01/07/yellow-fever-reliever-7-delicious-blight-resistant-bananas/3/
http://jerry-coleby-williams.net/2013/12/11/in-production-today-16/banana-musa-x-sapientum-java-blue/






Friday, 28 February 2014

Menarik: Tumbuhan Pun Pandai Menari


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

       Hari ini aq nak kongsi sikit pasal satu jenis tumbuhan ni. Fuh, memang style la. siap boleh menari kot. Ingat orang je pandai menari. Sebelum tu kita tengok dulu macam mana rupa dia.

dancing-plant

Ha, tu la dia tumbuhannya. Kalau tengok kat wikipedia, dia translate sebagai rumput menari. Rumput menari ataupun nama saintifiknya, Codariocalyx motorius/Desmodium Gyrans (Berbelit lidah nak sebut) adalah sejenis pokok renek asia.

       Tumbuhan ini juga dikenali sebagai tanaman telegraf atau tanaman semafor kerana gerakan daunnya yang kelihatan seperti menari atau gerakan kod semafor.Tumbuhan ini akan menari-nari bila didedahkan secara direct kepada sinaran matahari, bila berada dalam keadaan kering dan juga pada getaran.

Ha, jom tengok macam mana tumbuhan ni menari:


Ha, amacam. Style x?

Ok la guys, itu je la yang dapat aq kongsikan buat masa ini. Semoga bermanfaat. Wallahua'lam.

Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Rumput_Menari
http://webecoist.momtastic.com/2009/12/21/15-rare-exotic-amazing-plant-species/




Wednesday, 26 February 2014

Penggunaan koma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 



       Hari ini aq nak kongsi sikit pasal penggunaan koma dalam ayat. Koma ni digunakan dalam tulisan untuk berhenti seketika. Ala budak sekolah rendah pon tahu pasal benda ni kan. Bukan koma yang terlantar kat hospital tu ye. Hahaha.

       Nampak macam remeh je kan? Tapi sebenarnya penggunaan koma ni penting kot dalam ayat. Silap haribulan boleh bergaduh kot pasal mende ni.

       Cerita ni berlaku zaman sekolah rendah aq dulu. Time tu mungkin aq baru darjah 4 ke macam tulah. Ada sorang cikgu ni dia cakap pasal kepentingan koma ni siap bagi contoh ayat lagi.

Ayat asal tu lebih kurang berbunyi begini:

"Ko makan pisang monyet."

So bila kita letak koma kat ayat tu:

     Contoh 1: Ko makan, pisang monyet.

Ayat ni kedengaran seolah-oleh si A tu bertanya kepada si B sambil kehairanan mengapa si B ni makan pisang monyet. Nampak x?


     Contoh 2: Ko makan pisang, monyet.

Nampak x siapa monyet kat situ? hahaha, aq xnak cakap. Korang paham2 sendiri la yer.

       So berhati-hatilah dengan penggunaan koma dalam tulisan yer. Sebab bila salah letak dah lain maknanya.

Ok, tu je la yang dapat aq kongsikan buat masa ni. Aq harap korang paham pasal benda ni. Kalo ade salah silap tu sori la yer. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri aq sendiri. Wallahua'lam.


Pengurusan Masa




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ni aq nak citer sikit pasal pengurusan masa.

     Ei kalau sebut pasal masa ni memang semua org paham la kan. Setiap benda yang kita dok buat ni memang memerlukan masa. Tak kiralah mandi ke makan ke tido ke? Zaman sekarang ni, orang selalu dok mengadu tak cukup masa, sibuk dengan kerja sampai keluarga terabai la, tidur lambat sampai tak solat subuh la dll. 

     Kan seronok kalau masa tu ada 100 jam sehari. Mesti semua benda sempat kita buat kan? Fuh melampau sampai seratus jam. Hahaha. Sebenarnya masa yang Allah beri kat kita tu dah cukup dah. Cuma sebahagian dari kita tidak tahu nak menguruskannya atau leka dengan benda2 duniawi. Yela, zaman siberla katakan.

     Kira rugilah sebab dengan masa ni macam2 benda berfaedah kita boleh buat kan? Masa juga akan mematangkan kita dan segala benda yang kita buat pasti akan memberi kesan pada kehidupan kita secara tidak langsung. 

     Kan best kalau masa ni boleh dipausekan mcm video kat youtube tu. Pastu kalau rasa macam ade benda termiss je boleh rewind. Hahaha. Kalau macam tu memang syok r kan. Buat salah je rewind. Rasa tak puas hati je rewind. Jenayah pon boleh berleluasa la kalau camtu. Contohnya ko rompak bank. Lepas tu bila dah kena tangkap rewind balik masa. Pergh, memang huru hara la dunia ni jawabnya.

     Memang xdapat la kan? Tapi tula. Kebanyakan manusia memang tak mengambil berat pun pasal pengurusan masa ni. Pastu dok menyesal di kemudian hari. Hei pepatah ada menyebut, “


"sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"

 Berperibahasa la pulak. Hahaha.

     Ambik contoh student la senang, bila dapat result exam je kalau result teruk. Semua F ke mesti dok nyesal tak sudah. Pastu sibuk dok cakap, “kalaulah aq study awal sikit...”. Hm, cakapla apa ko nak cakap. Time tu dok nyesal pon dah xgune dah. Menangis x berlagu la jawabnye sorang2 kat situ. Ape2 ape pon life must go on. Yang penting ko berubah dan belajar dari kesilapan.

     So pokoknya kat sini, hargailah masa dengan sebaiknya supaya kita x menyesal di kemudian hari k. Sekian, terima kasih. Yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu atas kelemahan diri aq sendiri. Wallahua’lam.

p/s: Dapatkan panduan bagi mempelajari strategi dan tips menguruskan masa anda dengan efektif dalam perniagaan internet di sini.